Halaman

Ahad, 7 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa bersama YAB TPM dan Anak-anak Yatim Amal Kasih Bestari

7 Ogos 2011 | Majlis Iftar Y.A.B Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin,Timbalan Perdana Menteri bersama Anak-Anak Yatim dan Eden Catering.YAB TPM tiba tepat jam 6.30 petang diperkarangan Lobby PICC disambut oleh Tan Sri Sabaruddin Chik (Pengerusi Eden Catering) dan Ketua Pegawai Operasi Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Encik V.Valluvan Vello dan Ketua Penolong Setiausaha Encik Asrul Shah Razali

Majlis tersebut dihadiri 150 anak-anak yatim dan 250 orang jemputan khas.YAB TPM sempat memberi sampul duit raya kepada anak-anak yatim dan asnaf miskin.Majlis kemudian disudahi dengan ucapan oleh Ketua Kelab Eden dan sekaligus YAB TPM dijemput ke restoran untuk bersama berbuka puasa dengan anak-anak yatim.YAB TPM & Puan Isteri mengambil kesempatan mengunjungi kesemua gerai-gerai juadah berbuka,antaranya gerai ikan bakar,satey,nasi beriani,laksa,abc dan lain-lain.





Selepas berbuka,Kesemua hadirin terus ke Surau untuk bersama menunaikan Solat Maghrib dan kembali ke Restoran untuk menjamu selera.Majlis tamat pada jam 10 malam selepas tetamu kehormat menunaikan solat sunat terawih.

p/s : sebanyak 13 gerai telah dibuka untuk juadah berbuka
:Anda boleh menikmati juadah berbuka dengan pelbagai aneka makanan antaranya
makanan dari barat,timur,oriental & Europe
:Sambil menjamu anda dihidangkan dengan muzik dari timur tengah yang menambahkan kesyahduan

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pengisian yang bagus