Halaman

Rabu, 10 Ogos 2011

Apakah Manfaat Berguna Smart Phone



Telefon telah menjadi bahan yang begitu penting dalam kehidupan manusia sekarang.Dengan kemajuan dunia sekarang yang berdigital.Saya tertarik untuk menulis artikel tentang Kehebatan Smart Phone yang rata-rata dalam 10 orang pasti 8 orang memakainya.Apakah manfaatnya pada kehidupan kita,Adakah telefon yang tidak bercirikan smart tidak membantu."Boleh Call jugak kan",Terlintas dikepala otak saya ingin mengatakan orang yang memakai smart phone ini adalah orang yang berciri Ekslusif,bergaya & jenis ingin tahu."Tidak jugak kan",Budak sekolah rasa pun boleh pakai kan..Baru-baru ini aku menjengah kaki ke Pertama Kompleks,Kuala Lumpur untuk meninjau tahap perkembangan Telefon berdigital ini.Aku tengok longgokan telefon-telefon digital ini begitu banyak disana-sini tepi kiri kanan."Abang,Mau telefon ke,Boleh kautim punya halga.Aku pun saja-saja tanya "Berapa boleh kasi bro", dia membalas " Lu Bajet Belapa"..Emmmmm dalam RM300.."Ada ke.."Dia pun menjawab "Lu angkat Blackberry la Baru RM 580..Ternganga aku sekejap "Wah,Apsal sudah murah..Tu yang mula-mula tadi aku katakan,Budak sekolah pun dah boleh pakai smart phone ini.Hanya simpan duit sekolah hari-hari dah boleh beli.


Tiada ulasan: