Halaman

Sabtu, 20 Ogos 2011

Al-Fatihah



Betul-betul mengejutkan apabila diberitahu oleh adik aku Sahabat Abang aku dan juga bagi family aku telah pergi kerahmatullah pada jam 9.00 malam 19 Ogos 2011.Punca kematian adalah langgar lari.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Anak Ayah Demam





Anak ayah demam campak buat kali yang kedua.Kesian beli melihat..Tetapi itulah ujian yang Maha Esa untuk hamba-hambanya.Tidak kira ia kecil,muda,dewasa & orang tua harus menerima ujian Nya dengan hati yang ikhlas.Malam pertama anak ayah kena,ayah siap jatuh pokok hendak ambil Daun Semambu berdekatan Klinik Presint 9,Puas mencari sampai orang sekuriti sekolah merenung ingatkan aku ni pencuri ke apa.Hari pertama ibu ambil Emergency Leave (EL) untuk memberi perhatian sepenuhnya pada anak ayah ni.Ibu menjaga anak ayah dengan penuh kasih sayang,siap bawa jalan-jalan ke Alamanda.Hari itu pula genap anak ayah 2 Tahun,g celebrate dengan ibu.Hari kedua pula ayah ambil EL menjaga medina sebab ibu punya cuti pun dah nak habis,nanti kita tak boleh beraya la pulak sebab cuti ibu dah habis.

Medina pun beransur pulih,nampak ceria.Bermain dan membaca seperti orang tidak sakit.Alhamdulillah hak kesihatan bukan milik kita,dan yang menentukan tahap kesihatan kita bukan juga kita ianya 100% Allah SWT.Walaubagaimana cara kita menjaganya sekalipun,setiap bulan pergi medical..Belum tentu ia terlepas dengan dugaan & ujian yang maha kuasa.


Rabu, 17 Ogos 2011

Bonus ?

Untuk mendapatkan bonus dunia, kita sanggup menunggu berjam-jam lamanya, sanggup beratur panjang berjela-jela di mesin-mesin ATM semata-mata untuk mendapat imbuhan yang sedikit, yang mana kita tahu ianya hanya sementara dan tidak kekal lama.


Bonus tersebut akan habis dengan hanya sekelip mata apabila kita membelanjakannya. Apabila bonus lambat di beri kita pasti akan merungut dan semua yang dilakukan akan terasa serba tidak kena.

Kenapa tidak hal yang sama kita lakukan untuk mengejar bonus akhirat, sedangkan kita tahu imbuhannya berlipat kali ganda tambah-tambah lagi bonus yang Allah janjikan sepanjang bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini.

Apa salahnya jika kita luangkan masa kita di masjid, surau atau di mana sahaja majlis-majlis ilmu di adakan. Walaupun ganjaran atau imbuhan yang akan kita perolehi tidak nampak oleh pandangan mata kasar, tetapi sedarkah kita bahawa nikmat kesenangan yang kita perolehi semasa hayat di dunia ini pemberian siapa? Allah S.W.T juga bukan?

Ramadhan kini hanya bersisa beberapa hari sahaja lagi, tetapi masih sempat untuk kita merebut peluang-peluang yang Allah berikan. Yang penting keinginan itu perlu ada dan lakukanlah yang terbaik untuk penuhi keinginan itu.

Ramadhan,
Sepuluh malam permulaan 'RAHMAT',
Sepuluh malam pertengahan 'MAGFIRAH',
Sepuluh malam pengakhiran 'KEBEBASAN DARI API NERAKA',
Antara hari-harinya 'LAILATUL QADAR',
Bertuahlah bagi semua tetamu Allah di malam 'LAILATUL QADAR'.

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (Al-Qadr 97:1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (Al-Qadr 97:2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (Al-Qadr 97:3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (Al-Qadr 97:4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Al-Qadr 97:5)