Halaman

Khamis, 11 Ogos 2011

Jalan Tengku Abdul Rahman & Masjid India

Raya..Raya..Raya..Begitu lah keterujaan segenap masyarakat di Malaysia ataupun dunia.Semuanya tidak sabar dengan kedatangan Syawal.Ada yang belum sempat datang ramadhan sudah siap dengan pelbagai kelengkapan untuk menyambut syawal.Baju melayu,sampin,kasut,handbag,seluar & sebagainya menjadi titik penyudah untuk menyambut syawal.Baik orang tua & kanak-kanak,semuanya begitu seakan tidak sabar menunggu syawal.Ada yang tidur pun pakai baju raya,begitulah keterujaannya.

Minggu lepas saya bersama isteri mengambil kesempatan mengunjungi tempat yang menjadi tinjauan orang ramai iaitu Jalan Masjid India & Jalan Tengku Abdul Rahman.Setiba saya di situ seawal jam 9 pagi,peniaga sedang membuka kedai,ada yang sedang menolak barang untuk dijual.Trafik lancar pada ketika itu,sebab awal gila saya sampai.Tetapi yang menjadi stressnya parking,Saya menjejaki parking disitu hampir 1/2 jam,hampir 2-3 kali memusing ditempat yang sama.Akhirnya berjaya juga dapat betul-betul di depan Jakel ."Ibu,Awal sangat kita sampai ni,apa kita nak buat..Makan x boleh..Dia membalas dengan lontaran senyuman yang meggoda."Kita pergi Survey dulu la..Jalan-jalan tengok apa yang patut,balas dia".



Hampir sejam kami berjalan-jalan,sambil melihat bermacam-macam ragam manusia..Lengkap la sudah apa yang di katakan "Syurga membeli belah Jalan TAR"..First kami singgah di Jakel Kuala Lumpur untuk survey baju melayu & baju kurung.Tidak ada yang menarik minat aku.Keluar dan berjalan lagi sampai disatu gerai yang menjual kelengkapan baju wanita..Si Ibu pun mencuba pakaian yang hendak dibelinya.Mungkin ia tidak menarik minat beliau jadi terpaksa la berjalan lagi.Sampai la didepan Mydin,yang ketika itu bising dengan Sub Woofer nya boleh memecah telinga.Si Ibu hendak mencari pakaian untuk di hadiahkan pada adik lelakinya,Baju melayu berwarna oren puas untuk mencari bagi memuaskan hati dia..Cari punya cari jumpa la baju melayu oren yang menarik & cantik.Dapat la sepasang.



11 pagi mula sibuk semua peniaga sudah bersedia menerima pelanggan.Tidak ketinggalan pelancong asing pun ada yang hendak membeli belah.Kami pun meneruskan perjalanan hingga kaki aku kreem sakit yang ama sangat.Matahari dah terpacak di atas kepala,panas sudah ni..Nak minum tak boleh.

Aneka tudung antaranya tudung bawal,tudung Syria,tudung Wardina,Syawl dan yang paling popular sekali tudung Datuk Siti




Akhir perjalanan kami ke Sogo Shooping Centre,Kali terkhir ke situ pada tahun 2008.Yang ketika itu belum lagi berkahwin,anak pun tak ada lagi.Kami kembali menggamit kenangan yang dulunya.Duduk di tepi jalan sambil memerhatikan orang sekeliling,Sungguh menyentuh perasaan..

Tiada ulasan: