Halaman

Khamis, 15 Disember 2011

Pengkorporatan

 Unit Penyelarasan Majlis
 Unit ICT
Unit Keselamatan

Unit Audio Visual

Unit Pengurusan Sumber Manusia


Selasa, 13 Disember 2011

PURATA PENINGKATAN

  Salam Takzim wahai sahabat-sahabat,semoga mendapat taufik dan hidayah dari tuhan yang maha esa..2011 bakal melabuhkan tirai dan muncul pula 2012 dalam 2 minggu akan datang.Setahun berlalu 'Adakah Tuan/Puan mendapat apa yang diazamkan di awal tahun.Sudah pasti dari kita yang menggenggam azam untuk dilaksanakan di tahun ini.Diawal tahun Tuan V.Valluvan Vallu selaku Timbalan Setiausaha Bahagian,Seksyen Pengurusan PICC menggariskan beberapa pelan strategik untuk tahun 2011.Jika PM Datuk Seri Najib mungkin ini dinamakan 'Belanjawan'.Pemulaan TSUB meningkatkan Value Target untuk pencapaian di tahun 2011 adalah sebanyak 580 Majlis berbanding dengan tahun 2010 dengan hanya 480 majlis nilai kautannya RM 13 Juta setahun.Pelan strategik ini meliputi struktur dalaman yang diubah untuk menjamin keselesaan pelanggan.Pengubahan utama diruang hadapan dengan menggantikan lapisan luaran sofa dengan warna yang lebih sentimental,disaluti karpet baldu anjal keluaran turki.Pelanggan boleh menikmati ruang ini dengan bunyi-bunyi jatuhan air yang mengalir.Ruang bekenaan tidak lengkap jika tiada informasi berita atau maklumat.Dengan itu,Pihak pengurusan telah memasang 3 buah LCD bercirikan 3D jenama Samsung 52 Inci dan 60 Inci.Tidak ketinggalan,ruang kehijauan atrium telah dilengkapkan dengan patung-patung menyerupai binatang supaya boleh menggambarkan suasana seakan didalam hutan.

  Bagi anda,rebut peluang untuk anda mengunjungi PICC..Sekian

Ahad, 11 Disember 2011

Artis Berhijrah | Anda ?

Ramai pihak yang memuji perubahan imej oleh pengacara terkenal, Abby Fana, yang kini mengenakan pakaian busana muslimah sekembalinya dari menunaikan haji di Mekah pada bulan lalu. Sebuah blog hiburan yang diminati ramai, Izyan.com, perubahan yang dilakukan oleh Abby Fana amat tepat dan wajahnya dilihat semakin berseri-seri sejak mengenakan tudung litup dikepala. “Wah selepas balik dari menenunaikan ibadah haji beberapa bulan yang lalu, Abby Fana kini kelihatan berseri-seri. Almaklumlah dia dah tunaikan ibadah haji, dan kini dah boleh digelar hajjah. Perubahan yang Abby lakukan amatlah berpatutan, kini dia dah bertudung,” kata pemilik blog tersebut. Selain itu, Izyan.com turut mengharapkan agar ramai lagi selebriti dan personaliti industri hiburan tanahair mengikut jejak langkah Abby Fana itu. Pengacara terkenal di stesen radio no.1 tanahair Sinar FM ini muncul dengan imej bertudung menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 baru-baru ini. Alhamdulillah! Ramai pelakon, selebriti, personaliti televisyen dan ikon di dalam industri hiburan tanahair yang melakukan perubahan terhadap penampilan diri masing-masing ke arah yang lebih Islamik. Mynewshub.my turut berkongsi kegembiraan tersebut dan mengharapkan agar ramai lagi yang akan sama-sama ‘berhijrah’ dengan Abby Fana, Sham Kamikaze, Catriana Ross, Jojie (kakak Ella), Lah VE, dan ramai lagi. Bagaimanapun, penghijrahan tersebut hendaklah selari dengan kehendak Islam dan janganlah terlampau taksub sangat seperti segelintir selebriti yang berhijrah politik namun mengaku melakukan penghijrahan ke arah Islam.

 Bob Lokman

 Sham Salleh

Wardina Saffiyah

Mengaku Islam Tapi Tak Solat


Manusia sekarang rata-rata hanya Islam didalam I/C ( Kad Pengenalan) berbangga dengan identiti Islam itu.Tetapi hakikatnya bukan identiti itu yang akan dihadapkan pada Allah,Hanya Amalan yang dikumpul di Dunia yang akan dihisap.Manusia sekarang mencabar dan tidak takut lagi dengan hukum Allah..Lebih jahat lagi dari Iblis. Matinya nanti mati yang celaka.



YouTube.com

Jadual Kuliyah Al-Fadhil Ustaz Haji Azhar Idrus


Ustazah Pilihan





You Tube.com

TWINS OF FAITH AT PUTRAJAYA

Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
Speaker's


Dr.Bilal Philip
Speaker's


Dr.Faiz Khalid
Special Guests




The Twins of Faith main Auditorium program schedule can be viewed below.
It should be noted that the program is subject to change due to circumstances beyond our control, in such an event we will update the program schedule at the earliest opportunity so please refer back to this link from time to time.
Click to view Main Program (PDF)
Talk Teasers:
The following are teasers on what the talks at Twins of Faith is about, something to wet your tastebuds!
You Are The Best Of Nations:
This Ummah is described as the best of nations in various ayaat of the Qur’an. This lecture will study this ayaat and analyse our current state against these verses.
The Building Blocks:
The family is the core building block of society. A strong family unit built on the foundations of faith leads to a strong community and a strong ummah. How can we shape our families to shape the ummah?
Modern Economics vs. Sacred Principles:
In the wake of the recent global economic crises, it is time we returned to the sacred principles embedded within our faith and offer a viable alternative to our brothers and sisters in humanity.
I’m A Muslim & I’m Proud:
Amidst the confusion, the competing ideologies that surround us and the constant pressure to assimilate, we must hold strong to our identities. We must embrace our identities, return to Allah, and seek success through Him.
For His Sake Alone
What are the implications of tawheed in our lives? How does tawheed manifest itself in our daily lives, in all it’s different facets?
Cultural Islam or Islamic Culture:
The impact of culture on our practice of Islam and the importance of putting Islamic values before cultural values.


One Faith, One Fam:
We are one ummah, one family, one body. This lecture will take examples from the lives of the companions to illustrate love for the ummah.
Unity In Diversity:
Allah created us in different tribes and nations, He created our differences. How do we embrace these differences to unite as one ummah rather than let them become an obstacle and hindrance?
Our Youth, The Foundations Of An Exemplary Community:
Our youth are the foundations of our future and have a great role and impact on our community. This lecture will draw parallels to the youth of the sahabah and their contributions to society.
Ask The People Of Knowledge:
As oxygen is to life, knowledge is to faith. This lecture will touch upon the importance of seeking authentic divine knowledge.
Education Is For Life, Not For Living:
What is the Islamic perspective on education? What are the higher objectives of education? How does our attitude on education compare to that of the sahabah?
Exemplary Women Of The Past:
Our religion has a long standing legacy of great women. This lecture will delve into the stories of these women extracting lessons and characteristics for us all to learn from.
Allah’s Beloved:
The companions were the best of this ummah. This lecture will look to their lives, their stories, their worship, their habits, their relationship with Allah so we can build our relationship wit Allah accordingly.
Allah In The Heart, World In The Hands:
Keeping the dunya in our hands and Allah in our hearts. Using our rizq to become better slaves of Allah rather than becoming slaves to our rizq.
The Balanced Nation:
Islam is considered the middle path. What does this entail? What are the implications in our lives?


Meraih Pahala Melalui Facebook

Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa.
Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej.


Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di Amerika Syarikat dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.
Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Ivy League, dan Universiti Stanford.
Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.
Daripada Jabir bin Abdillah, Rasulullah S.A.W bersabda:
سَلُوا اللَّهَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَاسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ
Maksudnya: "Mohonlah kepada Allah ilmu yang bermanfaat, dan berlindunglah dengan Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat"
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, Abdun bin Humaid dalam al-Musnad, al-Fakihi dalam Fawaid Abi Muhammad al-Fakihi.
Meraih Pahala Bersama Facebook
Tajuk ini bukanlah menggalakkan kita terus berfacebook kerana termotivasi dengan terma 'pahala'. Ia cuma sebagai pendorong kepada kita untuk memanfaatkan masa yang terluang semasa berfacebook untuk memperoleh pahala dari-Nya.
1. Facebook Chat
Berbual menggunakan Facebook Chat sememangnya menyeronokkan. Sahabat yang jauh, terasa dekat. Masa yang lama, terasa singkat. Tambahan pula dengan adanya video call, seakan 'melekat' batang tubuh di hadapan komputer. Lepas seorang, seorang lagi. Hingga larut malam.
Adalah lebih baik jika chatting itu terisi dengan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Boleh jadi ia perbincangan masalah dalam pembelajaran, perbincangan isu-isu agama ataupun sekadar bualan bagi mengeratkan ukhwah.
2. Status
Terkadang rasa lucu, geram, keliru, hairan dan seronok melihat ragam status rakan-rakan Facebook setiap hari. Ada yang jenis update status setiap jam. Ada yang suka meluahkan perasaan selepas putus cinta. Ada yang meluahkan kemarahan di Facebook.
Tidak kurang juga ada yang bergaduh, saling perli-memerli (sempat lagi tag 'musuhnya'). Bagi yang membaca status, jari-jemari ligat menekan 'like'. Ada juga yang menulis status dan mengharapkan 'like' yang banyak. 'Like' yang banyak mungkin satu kepuasan buat dirinya.
Tulislah status yang bermanfaat, diletakkan link ceramah agama dari Youtube, ataupun sekurang-kurangnya video-video menarik lucu dan berunsur nasihat dari blogger terkenal Malaysia seperti Mat Luthfi, Anwar Hadi atau Aiman Azlan .
Boleh juga diupload gambar-gambar bermanfaat, design testi yang menarik dari ILuvIslam, lukisan dari Rusydee Artz, komik Islamik dari MFR Studio dan juga Komik Dakwah Online.
3. Group
Kadangkala, aplikasi group ini agak menyerabutkan. Apabila semuanya serba mudah di dalam Facebook ini, maka makin ramai yang membuat group. Lalu di add masuk ramai orang ke dalamnya. Kadangkala, tidak pernah diminta untuk masuk ke group itu, tahu-tahu sudah di add masuk.
Bagi saya sendiri, saya buangkan sahaja group-group yang tidak membawa manfaat dan sertai group yang bermanfaat. Cuba turut serta dalam perbincangan group dan lontarkan pandangan, ilmu mahupun komen anda.
Usah sekadar menjadi 'silent reader' kerana kadangkala kefahaman kita terhadap sesuatu isu mungkin tersasar dari maksud sebenar. Jadi, dengan mengemukakan pandangan atau komen, kefahaman anda mungkin lebih jelas.
4. Share
Gunakan kemudahan share untuk berkongsi notes dan status rakan-rakan yang bermanfaat. Adalah lebih baik dikongsi status ilmuan-ilmuan agama kita seperti Ustaz Zaharuddin, Ustaz Hasrizal, dan Ustaz Azhar Idrus atau status motivasi dari Prof. Dr. Muhaya, Wardina Safiyyah dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama).
5. Notes
Kemudahan aplikasi Notes di Facebook wajar diguna sebaiknya untuk dakwah. Apa sahaja yang anda peroleh dari pembacaan anda, ringkaskan dan letak di Notes kemudian tag seramai mungkin rakan-rakan anda.
Kita sudah ada majalah Solusi, Tarbawi, GenQ, Fardu Ain, Majalah i, Q & A, dan lain-lain. Malaysia sudah 'kebanjiran' dengan majalah-majalah agama. Manfaatkannya untuk mengutip dan menyebarkan seberapa banyak mutiara ilmu di dalamnya.
Apa yang penting, pastikan apa yang anda peroleh dari pembacaan anda perlu dari sumber yang tepat dan bukannya mesej berantai, risalah-risalah yang entah dari mana sumbernya, dan emel yang tiada asasnya. Tidak pasti? Rujuklah individu yang lebih arif.
Firman Allah S.W.T:
"Bertanyalah kepada yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui" (Surah an-Nahl ayat 43)
Penutup
Mudahnya mendapat manfaat dan pahala dari Facebook. Ingatlah, Facebook bukanlah segala-galanya dalam hidup anda namun segala-galanya dalam hidup anda boleh menjadi lebih bermakna dengan manfaat dari Facebook.
Bahagi masa anda dengan sebaiknya apatah lagi jika anda masih bergelar penuntut ilmu. Semoga manfaat yang kita peroleh, mampu menjadi bekal kita di sana nanti. Wallahualam.