Halaman

Jumaat, 14 Ogos 2009

AL-FATIHAH


Bersama anggota kumpulan Rabbani,Ustaz Haji Asri & Abg Amy
Semasa beliau mengadakan persembahan di Tempat saya bertugas.



Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Rabbani



Sahabat,
Andainya kematianku ini kau tangisi
Pusaraku kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang sudah hancur luluh
Nyalakan obor untuk ummat ini
Dan lanjutkan gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Teman-teman indah di syurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menanti ku
Dan berbahagialah hidupku disana

Sahabat,
Cahaya kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Disana cahaya fajar memancar

Nukilan : Ustaz Haji Asri Bin Haji Ibrahim

Khamis, 13 Ogos 2009

BUKTI KEKUASAAN ALLAH S.W.T

Foto-foto sebuah kemalangan
yang mengakibatkan sebuah kenderaan hangus.

Anehnya senaskhah al-Quran di dalam kenderaan tersebut
hanya sedikit terbakar pada kulitnya,

sedangkan bahagian yang lain tidak terjejas langsung.

Bukti Allah itu benar..

KESAL ANWAR DITUDUH PENGKHIANAT


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat kesal bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh pengkhianat bangsa semata-mata pihak tertentu bimbang pengaruh terhadap pemimpin itu yang semakin meningkat.

Beliau berkata, tuduhan itu dibuat mereka yang takut terhadap peningkatan pengaruh Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu yang akan membolehkan beliau berkuasa suatu masa kelak.

“Tuduhan itu dibuat oleh mereka yang dengki dengan Anwar sebab mereka takut Anwar semakin diterima sekarang. Mereka takut bila Anwar berjaya menjadi pemimpin di negara ini beliau akan kenakan balik pemimpin tersebut.

“Saya sebenarnya tidak faham dengan cerita ini. Anwar Ibrahim itu individu. Jadi kenapa kita memperbesarkan masalah peribadi. Kita sepatutnya serang dasar tetapi di mana salahnya dasar Parti Keadilan Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darul Naim dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu dan pemimpin lidah bercabang kerana sanggup memutarbelitkan fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan orang Melayu.

Nik Aziz berkata, perkara yang patut dipertikaikan ialah sebarang kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

“Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya berasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang.

“Dia mengkhianati bapa saudaranya tetapi sejahil-jahil orang Arab Jahiliah pun dia tidak menuduh Nabi Muhammad SAW sebagai pengkhianat bangsa, sebaliknya hanya dituduh mengkhianati pemimpin,” katanya.

BERBOHONG SECARA KOMPULSIF

Apabila anak berbohong secara kerap ia adalah petanda awal masalah yang lebih serius.




KANAK-KANAK berbohong. Inilah satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Tiada arahan atau galakan diperlukan.

Berbohong seakan sudah sebati dalam jiwa sesetengah kanak-kanak. Memperbesarkan masalah, memutar-belitkan kebenaran, mereka cerita dan menafikan kenyataan adalah antara yang akan dilakukan sewaktu bercakap bohong.

Namun, jika kekerapan seseorang anak berbohong menjadi kompulsif dan tanpa sebab, ibu bapa mungkin perlu 'campur tangan'.

Apabila kitaran penipuan bermula, ia akan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap si anak, sekali gus menyukarkan kitaran tidak sihat ini dihentikan.

Oleh sebab itulah, ibu bapa perlu bertindak meneroka sebab anak berbohong dan perlu mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki tabiat buruk itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu berbohong juga adalah petanda awal kepada masalah yang lebih serius.

Berbohong cara kompulsif biasanya dikaitkan dengan penderitaan anak ekoran gangguan masalah sosial pada peringkat awal. Khasnya akibat penyakit Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan gangguan perilaku.

Dalam sesetengah kes, tabiat berbohong secara kompulsif turut disertakan dengan masalah kelakuan yang lain. Ini termasuk mencuri, ponteng sekolah, bersikap ganas, agresif dan kemahiran bersosial yang lemah.

Masalah seperti ini biasanya bercambah daripada rasa tidak selesa dalam situasi bersosial, bertindak secara spontan dan tidak menumpukan perhatian.

Apabila berlaku situasi seperti ini, penglibatan pakar-pakar kaunseling misalnya, amat penting untuk membantu kanak-kanak ini. Kaunselor-kaunselor dapat menolong melengkapkan ibu bapa dengan gaya mendidik serta pemahaman terhadap anak yang lebih spesifik.

Mengapa berbohong?

Terdapat beberapa sebab mengapa kanak-kanak bercakap bohong secara kompulsif.

Takut

Perasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong. Takut dimarahi ibu atau takut kebebasan yang diberikan akan dirampas. Ketakutan yang rasional atau tidak juga boleh memberi kesan pembohongan serupa. Sebab apa yang diimpikan oleh anak hanyalah 'perlindungan' sementara daripada hukuman.

Namun, terdapat dua perkara penting di sini. Pertama, anak yang berbohong besar kemungkinannya tahu mereka telah melakukan sesuatu kesalahan. Kedua, ibu bapa perlu menerima pembohongan itu kerana anak sememangnya takut berdepan dengan reaksi mereka.

Tidak hairanlah apabila teriakan bertalu-talu, sikap pemarah dan ibu bapa yang terlalu melindungi anak membuatkan mereka ketakutan. Memberi peluang untuk berkompromi dan mendengar sebelum menyalahkan anak membolehkan komunikasi dua hala berlangsung.

Tabiat

Kata orang, semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan bercakap bohong. Pembohongan berulang biasanya diperkukuhkan dengan pendekatan yang agresif. Salah satu kaedah paling efektif untuk menyelesaikan pembohongan berkala adalah memberi peluang kepada anak untuk menarik balik kata-kata bohong itu. Ini harus dilakukan tanpa rasa takut akan akibat yang bakal dihadapinya.

Meniru

Sebahagian besar anak 'terpanggil' untuk berbohong setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong. Seandainya sukar untuk ibu bapa mengawal anak daripada meniru pembohongan di luar rumah, maka buangkanlah tabiat berbohong anda terlebih dahulu. Lebih berkesan jika mereka tidak meniru tabiat berbohong di rumah dan menjadikannya tabiat.

Perlukah saya menghukum?


PERASAAN takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong.


Terdapat beberapa perkara yang perlu ibu bapa pertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan anak.

1. Hukuman sememangnya direka untuk mengurangkan perilaku yang teruk. Masalahnya, hukuman tanpa kasih sayang dan arahan yang betul adalah sia-sia. Dalam sesetengah situasi, hukuman pula menyumbang kepada tindakan melampau dan penderaan.

2. Menghukum anak atas pembohongan yang berobjektifkan ketakutan atau akibat meniru bukan satu kaedah efektif dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, mengenal pasti punca masalah adalah lebih praktikal berbanding berdepan dengan simptom-simptomnya.

3. Hukuman patut dijadikan pilihan terakhir dan bukan dilakukan mengikut emosi. Penggunaan bahasa dan pendekatan yang lebih lembut biasanya lebih berkesan. Beritahu anak dalam nada rendah seperti, "Tahu tak, mak dan ayah rasa kecewa apabila Atan berbohong?"

Yang penting, ketahuilah niat setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak bercakap benar. Justeru, gunakanlah pendekatan yang lebih baik agar anak belajar daripada kesilapannya.

Iman_Raudhah

Rabu, 12 Ogos 2009

MULAKAN DARI HATI

Bila orang pandang rendah pada anda, sebenarnya itu satu ujian buat hati anda dan juga satu ujian pada sikap anda. Ada orang, bila dipandang rendah, hatinya jadi panas membara. Dia marah, terasa dirinya diperlekehkan. Maruahnya tercabar, egonya juga tercabar.

Ada orang, bila dipandang rendah, dia cool saja. Dia tak berapa ambil kisah, tetapi dia tahu orang itu siapa dan apa yang dicakapkan olehnya. Dia melupakan yang negatif, mengingat selalu pada yang positif.





Orang yang cool biasanya bersikap positif sebab dia tak suka menyemakkan fikiran dengan perasaan sakit hati, dendam, marah atau rasa tak puas hati. Seboleh mungkin dia akan mengelak sikap-sikap negatif sebegitu dari bersarang di hatinya.

Anda tergolong dalam kategori mana satu? Sama-sama kita check attitude kita dan hati kita. Orang-orang berjaya, hati mereka sentiasa bersih, sikap, perangai dan kata-kata mereka baik-baik belaka kerana mereka tahu sikap itu akan mempengaruhi tahap kejayaan mereka.

Nak cemerlang, kita kena mulakan dari dalam. Nak merubah diri, membina peribadi, kita kena mulakan dari hati. Hati kita melambangkan tahap kejayaan kita.

IMAN_RAUDHAH

Orang-orang Cemerlang Bersangka Baik Sepanjang Masa


Berfikiran positif
sepanjang masa memang akan menjadi amat mencabar diperingkat permulaan. Anda akan bergelut dengan emosi sendiri dan perasaan tak tentu arah, sama ada nak jaga hati orang atau nak jaga hati sendiri. Anda akan keliru.


Sampai ke satu tahap, Anda akan mempersoalkan setiap satu tindakan Anda, kerana ia akan kelihatan seperti membiarkan orang lain buat sesuka hati pada Anda dan Anda pula tertahan-tahan nak membalas perbuatan mereka itu, hanya kerana Anda jadi keliru lalu bingung

Pada hari ini, mengikut tanggapan ramai orang, susah nak cari orang yang hatinya cukup baik. Pada saya, sebab itu jugalah, sebab tak ramai orang baiklah yang menjadi penyebab mengapa ribuan orang jatuh kepada kategori pemikiran negatif yang menyebabkan mereka bergelumang dengan seribuh satu situasi negatif.

Kesannya, situasi negatif itu pula mengheret mereka kepada pelbagai permasalahan, misalnya masalah kekeluargaan, masalah dalam pelajaran, masalah emosi, masalah perhubungan cinta hinggalah kepada masalah kewangan - sumber rezeki bagaikan terhalang dan bagaikan kekal terhalang.

Jadilah diri Anda sendiri. Usah terlalu mengikut orang. Kita boleh mengikut orang, tapi kena sesuaikan supaya boleh diserap menjadi sesuatu yang ngam dengan diri kita sendiri. Tak semua kita boleh menjadi Bill Gates, tapi kita boleh tiru stail kejayaan Bill Gates, cara kerja bill Gates supaya kita boleh mencapai kejyaan macam Bill Gates. Kia boleh jadikan Bill Gates sebagai contoh ikutan, tapi tak semestinya jalan kejayaan yang akan kita lalui sebijik macam Bill Gates.

Nak mengekalkan sikap berfikiran positif, Anda kena jadi diri sendiri sepenuhnya. Anda kena bersikap baik sepenuh masa, bercakap baik-baik, bersangka yang baik-baik dan berkata yang baik-baik dalam hati Anda, walaupun suasana di luar nampak buruk. Always look to the bright side of your life!


Sikap suka bersangka baik akan mengubah suasana menjadi baik
. Sikap bersangka buruk akan mengubah suasana menjadi buruk, berterusan menjadi bertambah buruk jika Anda kekal bersangka buruk. Orang-orang cemerlang sentiasa bersangka baik sepanjang masa, sebab itu mereka cemerlang sepanjang masa. Orang lain merasa agak sukar ‘kejar’ tahap mereka.

iman_raudhah

Selasa, 11 Ogos 2009

BERMULA KERJAYA KU DI SINI






PUTRAJAYA DI ERA 2020


TUN DR.MAHADHIR MOHAMAD YANG RASMI
PICC TAHUN 2003

HIDUP TANPA UBAT


AIR kelapa muda atau dara dikatakan mempunyai kebaikan untuk kesihatan.

Adakah anda antara yang cepat letih dan mengantuk walaupun anda sudah tidur lapan jam? Mengapa ini berlaku? Hal ini mungkin disebabkan badan anda dipenuhi toksin. Ramai yang tidak dapat mengenal pasti kenapa badan seseorang itu terlalu letih atau penat.

Ia menyebabkan fizikal dan mental lemah untuk melakukan aktiviti harian.

Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat, itulah ungkapan yang sering kita dengar.

Mungkin ada kebenarannya. Sebagai individu, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjamin kesejahteraan hidup.

Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Kesihatan, Datuk Dr. Sidiq Mohamed, mencegah lebih daripada merawat sesuatu penyakit. Aspek menjaga pemakanan amat penting kerana ia merupakan punca kandungan angin dan toksin dalam badan.

Hakikatnya, kita memang terdedah kepada toksin tanpa disedari melalui kehadiran bahan kimia dalam makanan dan minuman serta bahan pencemar dalam udara. Di samping itu, tekanan kerja juga boleh menambahkan pengumpulan toksin di dalam badan kita.

Pengumpulan toksin yang berlebihan memberikan tekanan kepada organ kita dan memaksanya bekerja lebih keras. Kejadian ini bukan saja akan melupuskannya nutrien penting, malahan ia akan menghakis tenaga, lalu melemahkan sistem imun kita terhadap jangkitan penyakit.

Berikutan itu, seseorang akan sentiasa menghadapi masalah hidung berair, demam, peluh berbau, sukar membuang air kecil, mengantuk, sakit badan dan sukar bernafas. Wanita pula lazimnya mengalami kitaran haid tidak tetap atau kesakitan ketika datang haid. Semua ini disebabkan toksin dalam badan yang tidak dapat disingkirkan.

Beliau memberitahu, keadaan ini berpunca daripada kawalan pemakanan yang tidak tepat. Jika seseorang mengubah tabiat pemakanan sebaik menyedari tanda-tanda

jangkitan penyakit pada peringkat pertama lagi, mereka sebenarnya boleh mengelak daripada dijangkiti penyakit terbabit.

Datuk Dr. Sidiq mencadangkan agar setiap individu memperbanyakkan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain memberi tenaga, makanan tersebut menggalakkan sistem perkumuhan di dalam badan berjalan lancar.

Mungkin ini berbeza dengan cara hidup mereka yang bergantung kepada ubat-ubatan. Cara semula jadi menjaga kesihatan melalui amalan pemakanan yang sihat.

Proses nyahtoksin secara semula jadi ini amat penting untuk memastikan badan, terutama sistem perkumuhan dapat berfungsi dengan optimum. Bukan saja penyerapan nutrien akan menjadi lebih efektif dan proses pencernaan menjadi lebih baik, malahan kita akan mendapati bahawa badan kita akan berasa lebih cergas dan bertenaga.

Selain itu, ramai yang tidak menyedari kebaikan makanan semula jadi seperti kelapa dara atau muda.

Tidak seperti lain-lain minyak sayur yang akan menjadi toksik dengan cepat apabila dipanaskan (terutama jika digunakan berkali-kali), minyak kelapa dara berbeza kerana sifatnya tidak berubah walaupun dikenakan suhu tinggi.

Justeru, ia minyak paling selamat digunakan untuk menggoreng. Ini kerana walaupun dipanaskan, minyak kelapa dara masih mempunyai sifat antioksidan.

"Ia harus digunakan seperti minyak lain, sama ada dalam masakan atau tujuan kecantikan, bukan dimakan begitu saja.

"Di dalam badan, minyak kelapa dara tidak ditukarkan kepada lemak (seperti semua minyak sayur lain), sebaliknya terus sampai ke hati untuk diguna sebagai tenaga. Penggunaan minyak kelapa dara boleh mengurangkan kesan tindakan radikal bebas ini kerana ia mengandungi antioksidan," katanya.

Bagaimana kita tahu kandungan toksin di dalam darah? Menurut Datuk Dr. Sidiq pemeriksaan darah untuk memastikan apa yang terkandung di dalam darah perlu dilakukan.

Menerusi pemeriksaan darah Live Blood Cell Analysis dan Dried Blood Oxidation Test, seseorang boleh mengenal pasti tahap kesihatan mereka secara terperinci.


ORANG ramai digalakkan memakan sayur-sayuran segar untuk menjamin kesihatan secara semula jadi.


"Selalunya seseorang pesakit berjumpa doktor hanya apabila sakit untuk mendapatkan ubat. Ia tidak salah tetapi pesakit perlu diberi saranan tentang langkah pemakanan atau gaya hidup agar ia selalu sihat dan untuk mengelakkan daripada penyakit kronik yang merbahaya seperti kanser," jelasnya.

Misalnya, untuk mereka yang mengalami sakit darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi dan serangan jantung, magnesium adalah bahan galian amat diperlukan untuk memulihkannya. Ini ialah kerana kekurangan magnesium dalam badan adalah satu satu faktor penyebab timbulnya penyakit tersebut. Banyak kajian telah menunjukkan yang lebih 80 peratus manusia kekurangan magnesium terutama dalam sel-sel organ mereka

Mereka yang mengalami penyakit- penyakit itu juga disaran untuk melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi banyak garam galian seperti magnesium, mangan dan zink yang sangat penting . Ini juga mustahak untuk seseorang mengelak daripada menghidapi penyakit tersebut.

"Magnesium daripada buah-buahan dan sayuran mempunyai penyerapan yang lebih baik daripada pil," jelasnya.

Magnesium ini pernah disebut sebagai The Missing Link in Health. Sebagai vitamin tambahan magnesium boleh diambil dalam bentuk magnesium klorida atau dipanggil magnesium oil. Inilah yang paling disyorkan kerana ia juga akan menguatkan sistem imun atau daya tahanan badan. Kalau ditambah dengan vitamin C dan zink, mingkin boleh mengelak kita daripada serangan wabak selsema H1N1 yang merebak sekarang.

Selain itu, di kedai farmasi banyak terdapat pil magnesium oksida.

"Ia boleh diambil 800 miligram sehari tetapi 10 peratus sahaja magnesium jenis ini akan meresap masuk ke dalam badan kita dan 90 peratus keluar ikut najis. Untuk pengetahuan, memakan magnesium secara berlebihan tidak membahayakan kerana yang lebih itu akan keluar mengikut najis," katanya.

Ungkapan 'anda adalah apa yang dimakan'' jelas menggambarkan kepentingan makanan dalam hidup manusia. Nikmat menjamah makanan bukan sekadar memenuhi keperluan mengisi perut kosong, sebaliknya bahan yang dicerna menjadi penentu tahap kesihatan individu.

Berikanlah peluang untuk tubuh kita menerima makanan sepatutnya. Anda akan dapat merasai kesannya pada waktu singkat. Memang, perubahan ini bukanlah sesuatu yang mudah, tapi cubalah berubah peringkat demi peringkat demi kesihatan yang baik dan hidup berkualiti.

iman raudhah

Isnin, 10 Ogos 2009

Majlis Resepsi Puan Shafrina & En.Musytakim


Bersama Pn Rina & Suami

Majlis Akad Nikah,
Mamat baju putih tu macam kenal jerk...

Floria 2009


Di Hadapan Floria Bandaraya Johor


Bersama isteri tersayang


Pinggiran Tasik Putrajaya

Isteriku bermain bola

masa aku melancong ke Holland

Islam Di Utamakan,Hudud Di Perjuangkan..

Biar pun Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 tidak dapat dilaksanakan di negeri ini kerana dihalang kerajaan pusat, namun sambutan Hari Hududullah tetap diadakan setiap tahun.
Tahun ini sambutan tersebut akan diadakan pada 21 Syaaban 1430 bersamaan 12 Ogos depan bertempat di Besar Balai Islam, Lundang.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Dato' Mohd Azamli Jamaluddin berkata, sambutan Hari Hudud diadakan setiap tahun sebagai usaha memberi pendidikan dan kefahaman kepada masyarakat tentang syariat dan undang-undang Islam.
"Pelaksanaan syariat Islam terutamanya hudud merupakan prasyarat dan pemangkin pembentukan negara yang aman, makmur dan sejahtera.
"Ini selaras dengan firman Allah swt yang menceritakan perihal kerajaan Saba' ayat 15 yang bermaksud,"? (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Pengampun." katanya pada persidangan media di sini, hari ini.
Menurutnya sambutan tahun ini bertema 'Islam Didahulukan, Hudud Diperjuangkan' akan dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 9.15 malam.
Selepas perasmian diadakan forum perdana dan dialog berkaitan perundangan Islam.
Forum perdana Hududullah bertajuk 'Perlaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia, Antara Realiti dan Harapan'.
Ahli panel iaitu Adun Manir, Dato' Harun Taib, anggota Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin dan Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Manakala Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAHEAIK, Ustaz Mohd Suhaimi Mohamed bertindak sebagai pengerusi.
Mohd Azamli berkata, antara objektif sambutan Hari Hududullah ialah menjana kesedaran masyarakat syariat dan undang-undang Islam penyelesaian kepada masalah jenayah dan keruntuhan akhlak manusia.
Selain itu memberi penerangan mengenai keistimewaan dan keadilan syariat dan undang-undang Islam.
"Ia juga memberi kesedaran syariat dan undang-undang Islam relevan dan sesuai dilaksanakan di Malaysia,
"Selain itu dapat membincangkan masa depan undang-undang Islam di Malaysia," katanya.

1 Malaysia Juadah yang belum dimasak



Timbalan menteri pendidikan tinggi mengumpamakan gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak seperti “juadah yang belum siap”, berbeza dengan gagasan sebelumnya.

“Yang membezakan Satu Malaysia daripada (gagasan) yang lain seperti wawasan 2020 misalnya dan Misi Nasional, ialah hakikat bahawa Satu Malaysia itu tidak dihidangkan sebagai suatu juadah yang sudah siap dimasak,” kata Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin berucap ketika menyampaikan ucap utama berjudul 'Kepentingan Memahami Peranan dan Sumbangan Islam sebagai Teras Kenegaraan' dalam satu kongres pelajar di ibu negara semalam.

Tambahnya, gagasan itu berbeza kerana wawasan Tun Dr Mahathir Mohamad dan misi Tun Abdullah Ahmad Badawi masing-masing dihidangkan tanpa melibatkan idea daripada rakyat.

“Datuk Najib mengambil pendekatan berbeza, dengan hanya menggariskan satu, dua perkara sahaja. Malahan beliau hanya menggariskan dua perkara. Pertama, ada lapan nilai yang asas.

"Dan kedua, (dengan) mengatakan bahawa, Satu Malaysia tidak bertentangan dengan apa yang telah sedia ada,” katanya.

Menurut Saifuddin lagi, perkara ini jarang disentuh sebaliknya banyak perbincangan sebelum ini menjurus ke arah membezakan gagasan tersebut dengan konsep Malaysian Malaysia yang diperkenalkan oleh DAP.

Dalam kongres bagi menegaskan teras-teras kenegaraan itu, Saifuddin turut memuji penganjurnya Pertubuhan Kebangsaan Islam Malaysia (PKPIM), antaranya kerana lantang berjuang supaya perundangan "drakonian” Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda.

Dalam sidang media selepas itu, beliau berkata, selepas pindaan akta itu, mahasiswa kini boleh terlibat lebih banyak dalam politik, tetapi bukan atas nama parti politik.

Ditanya sama ada kementeriannya telah mengenal pasti mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi besar anti-ISA seminggu lalu, Saifuddin hanya menjawab “tidak ada”.

“Apa masalahnya dia hendak demonstrasi?” soalnya kembali.

Kongres sehari itu bertujuan menegaskan empat teras kenegaraan, iaitu, agama Islam, perpaduan rakyat, integriti dan jati diri Malaysia serta kecemerlangan ekonomi.

Empat sarjana diundang membentangkan kertas kerja bagi mengupas kepentingan teras-teras itu, antaranya Prof Dr Wan Mohd Noor Wan Daud dan Dr Sarjit Singh Gill.

Dr Sarjit dalam pembentangan "Perpaduan Melayu lawan Perpaduan Nasional?" selepas itu menegaskan bahawa perpaduan Melayu tidak bertentangan dengan perpaduan nasional, sebaliknya bertindak sebagai terasnya.

Pensyarah kanan Universiti Putra Malaysia itu berkata, masalah perpaduan hanya berlaku antara parti politik Melayu – PKR, PAS, Umno – tetapi tidak berlaku dalam hubungan masyarakat.

“Mereka terpisah kerana ingin mempertahankan kedudukan kepartian masing-masing. Hubungan intra-etnik yang tidak kukuh ini sebenarnya melemahkan umat Melayu sendiri dari kaca mata masyarakat bukan Melayu.

“Namun hanya ada kesepaduan umat Melayu yang terbatas, misalnya PAS dan PKR. Mereka tidur sebantal, namun mempunyai mimpi yang berlainan.

"Malah PAS dan PKR mengutamakan hubungan dengan DAP berbanding Umno dalam membincangkan hal-ehwal dan kepentingan masyarakat Melayu,” katanya.

RAHSIA DIWAJIBKAN SOLAT..

RAHSIA DIWAJIBKAN SOLAT



SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, daripada takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa. Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat.

" Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31)

Di dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "agama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran. Antaranya, firman yang bermaksud:

" Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.

" Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " (an-Nisa':103)

Setiap individu Muslimin dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun. Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya. Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampirkan diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

" Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku." (Toha:14)

Solat adalah tanda kesyukuran. Muslimin atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya. Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:

" Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadis riwayat Muslim)

Solat juga dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.

" Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (al-Ankabut:45)

Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!

" Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (al-Mukminun: 1-2)

Solat dapat menenteramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekaligus menjadikan kehidupannya lebih ceria. Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.

" Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka." (al-Ma'arij:19-23)

Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi Baginda adalah amalan penyejuk hati. Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.