Halaman

Selasa, 15 September 2009

KEBAIKAN SOLAT DARI PERSPEKTIF SAINS_DR.FATIMAH IBRAHIM





















Buku ini memperlihatkan kepada pembaca hasil kajian saintifik oleh 2 orang Muslim dan seorang non-Muslim dari Universiti Malaya dalam mengkaji pergerakan dalam solat.

Paparan isi kandungan agak menarik, disertakan dengan gambar-gambar berwarna serta penulisan yang tidak terlalu padat.

Kajian yang dilakukan mengetengahkan pembezaan yang terjadi apabila seseorang bersolat dengan betul dan tidak betul, juga apabila seseorang bersolat dan tidak bersolat. Antara skop kajian adalah pada bahagian otot, otak dan juga tulang.

Sebagai contoh, menurut kajian, ruku' bersamaan dengan pergerakan 'senaman pagi' dimana apabila kita ruku' otot-otot di bahagian badan akan teregang dengan sendiri. Menunjukkan jika dilakukan solat dengan betul, rukuk 90 darjah, badan kita secara automatisnya akan turut bersenam serta pada masa yang sama dapat mengelakkan sakit pada pinggang.

Itu hanyalah satu contoh daripada beberapa kajian yang dilakukan ke atas anatomi dan fisiologi manusia.

Kajian yang dilakukan oleh doktor non-muslim ialah berkaitan gelombang otak yang akan terhasil apabila melakukan sesuatu gerakan dalam solat. Menurut Dr. Ng Siew Cheok, beliau tertarik dengan kelebihan yang terdapat pada bersolat dan pasukan beliau akan melakukan kajian lanjut.

Fakta-fakta yang dibentangkan dalam buku ini akan memotivasikan umat Islam untuk melakukan ibadat solat dengan lebih tekun dan teratur demi mencapai kebaikan spiritual, fizikal dan mental.


LOGHAT

Kelantan...

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita


Terengganu.. .

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile


Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin


Johor...

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie


Melaka...

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok


N. Sembilan...

Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)


Selangor/K.Lumpur. ..


Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu


Perak...

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai


Kedah...

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau


Penang...

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq


Perlis...

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

iman_raudhah

Khamis, 10 September 2009

PUASA ENAM IBARAT PUASA SETAHUN


Alhamdulillah kita hampir tamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan 1431H akan datang.

Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.

Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?

Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.

Di antara tanda kita mengasihi akan Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingati / menyebut) Allah, hati tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah untuk nafsu atau Allah. Mana yang dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati menyintai nabi dan para ulama, insyallah kita bersama mereka di akhirat . Bagaimana pula agaknya kalau kecintaan beralih kepada para artis dan penyanyi? Nauzubillah...

Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.

"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.

DUIT RAYA RM500


860,000 kakitangan awam kumpulan sokongan dapat bantuan Aidilfitri


Seramai 860,000 kakitangan awam kumpulan sokongan menerima hadiah Aidilfitri apabila kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 seorang, semalam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata separuh daripada bantuan berkenaan dibayar sebelum Aidilfitri, manakala bakinya pada Disember.
"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini. Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata pembayaran itu akan membabitkan implikasi kewangan kepada kerajaan sebanyak RM430 juta. Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman, menyifatkan pemberian bantuan khas itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada golongan berpendapatan sederhana bagi menceriakan sambutan Aidilfitri.
Beliau berkata, walaupun jumlahnya kecil, kakitangan kerajaan tidak seharusnya berasa kecewa, sebaliknya bersyukur kerana kerajaan masih prihatin dengan bersetuju memberi bantuan dalam keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya. "Pemberian ini bukannya bonus, sebaliknya bantuan khas atau sagu hati yang diberi kepada kakitangan sokongan. "Kita tidak boleh membandingkan pemberian bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000 yang diterima tahun lalu," katanya ketika dihubungi Berita Harian. Cuepacs sebelum ini merayu kerajaan membayar bonus kepada 1.2 juta kakitangan awam dengan separuh daripadanya dibayar sebelum Aidilfitri, manakala bakinya pada Disember.
Omar berkata, Cuepacs sebenarnya tidak pernah menekan kerajaan supaya memberi bantuan kewangan itu, malah sedia menerima keputusan jika peruntukan berkenaan tidak boleh diberi tahun ini. Sehubungan itu, beliau menasihatkan kakitangan yang menerima bantuan itu supaya bijak mengurus perbelanjaan. Beliau berkata, pembayaran dua kali bagi bantuan khas kewangan itu juga bertujuan membolehkan kakitangan awam merancang perbelanjaan untuk menyambut Aidilfitri dan membeli kelengkapan persekolahan anak.

KERAJAAN KAJI BONUS KAKITANGAN AWAM

KSN bincang dengan Cuepacs untuk tindakan lanjut



Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sedang berbincang dengan Cuepacs mengenai tuntutan bayaran bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini. Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan sedang dalam perundingan mengenai perkara itu. "Tunggulah...KSN tengah berbincang dengan Cuepacs," katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di di Batu 2 1/2 Jalan Cheras kira-kira setengah jam, di sini, semalam.
Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman percaya kerajaan akan memberi keputusan positif mengenai bonus atau wang sagu hati kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam untuk tahun ini. Beliau berkata, Cuepacs berharap bonus kali ini dibayar sebelum Aidilfitri. Katanya, pihaknya sudah menghantar surat mengenai tuntutan bonus itu baru-baru ini kepada Najib untuk mendapatkan pertimbangan sewajarnya.
"Kita belum mendapat reaksi balas mengenai perkara itu tetapi Cuepacs berharap kerajaan tidak mengecewakan harapan 1.2 juta kakitangan awam terutama bagi mereka yang berada dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua yang amat mengharapkan sedikit sumbangan untuk persediaan menyambut Aidilfitri. "Cuepacs tidak memaksa...terserah kepada kerajaan berapa jumlah sanggup dibayar (bonus atau sagu hari). Yang penting kita (kakitangan awam) dapat menikmatinya dan kalau dibayar sebelum raya lagi bagus," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Tahun lalu, setiap kakitangan kerajaan menerima bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000. Omar berkata, Majlis Tertinggi Cuepacs akan bermesyuarat Selasa ini bagi membincangkan lebih lanjut mengenai permintaan bonus atau sagu hati tahun ini.

Selasa, 8 September 2009

SUBHANALLAH

Gambar mikroskopik tentang badan kita. Tak boleh dilihat dengan mata kasar!

Gambar-gambar berikut telah dirakam menggunakan mikroskop elektron pengimbas (SEM). Saiz mikro organ-organ badan manusia telah diperbesarkan sebanyak lebih kurang 250 000 kali ganda.
Vilus pada usus kecil

Telur/Ovum dengan sel korona

Sperma di atas telur / ovum

Sel kanser paru-paru

Sel darah merah

Sel bulu-bulu halus dalam telinga

Saraf perasa pada lidah

Salur darah dalam saraf optik

Neuron Purkinje (lapisan pada otak)


Plak Gigi



Hujung rambut yang pecah

Embrio manusia (kelihatan masih ada sisa sperma)

Embrio manusia berusia 6 hari (warna keperangan)


Alveoli Pada Paru-paru


KONSPIRASI KEMATIAN MICHAEL JACKSON


konspirasi kematian michael jackson

Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk translatekan forward email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.
Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.
Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson .
Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.
? Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu ?.
Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.
Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu ?Give Thanks To Allah? khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.
Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.
Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.
Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.
Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ? Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini?. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.
Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.
Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.
Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.
Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.
?Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya?.
Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?
Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.
Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

Jumaat, 4 September 2009

Sekitar Majlis Perasmian RADIX BAKERY HOUSE

Logo Radix Bakery House

Radix bakery house HPA yang terletak bersebelahan dengan radix oriental cuisine (ROC) memulakan perniagaannya pada 5 Ogos 2009 selepas dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Haji Ahmad. Radix bakery house ini menggunakan produk-produk HPA seperti olive oil, madu, kismis, kopi radix, koko radix, jem nenas, jem roselle dalam pembuatan kek dan roti yg dijamin HALAL.

Pengarah Urusan HPA

Di samping itu juga produk-produk radix bakery house ini mempunyai keunikan tersendiri kerana mengandungi herba-herba HPA. Di antara produk-produknya ialah cup cake, muffin, aising cake, pizza,cream puff, roti, butter cake, biskut dan lain-lain.

Di antara sebab-sebab yang membuatkan HPA mahu menubuhkan kedai keknya sendiri adalah kerana menyahut seruan daripada JAKIM dan PPIM yang mengatakan bahawa lebih daripada 80% kek yang dijual di pasaran pada hari ini menggunakan berus yang mengandungi bahan haram.

Radix Bakery House

Penggunaan jeli dan gelatin serta keju yang berleluasa dalam pembuatan kek ini juga antara faktor usaha dari HPA ini. Alhamdullillah, keju yg digunakan dalam produk radix bakery house ini adalah diperbuat daripada minyak kelapa sawit seperti yg dimaklumkan oleh Tuan Haji semasa perasmian berlangsung.

Penggunaan mentega dan pewarna juga membimbangkan kita. Tetapi HPA tetap mencuba mencari altenatif lain yang dapat menggantikan bahan ini. Malah ada juga kek yang mengandungi sedikit alkohol untukk membuatkan kek tersebut jadi gebu dan besar. Semua masalah ini Insyaallah, HPA berusaha untuk mengadakan altenatif lain.

Radix Bakery House

KISAH SOLAT PARA SAHABAT NABI S.A.W

Solat sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w begitu khusyuk dan nikmat sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari.


Kisah 1:

Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. Telah terkena panah. Apabila cuba dicabut, beliau merasa begitu sakit. Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya, apakah beliau tidak merasa sakit? Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.


Kisah 2:

Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.

Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.

Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.

Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: "an neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.

Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin ( Masjid Besi)


Sultan Mizan Zainal Abidin


Ruang solat utama


Macam suasana di Masjidil Haram





Rabu lepas saya sempat melakukan solat terawih berjemaah di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin atau lebih sinonim dengan panggilan Masjid Besi.Masjid besi secara rasminya telah dibuka untuk umat islam pada 4 September 2009.Imam yang di jemput khas dari Syria yang mengetuai jemaah pada malam itu.Saya menjadi teruja dengan keajaiban pembinaan Masjid tersebut yang 70% pembinaannya diperbuat dari besi & 30% adalah konkrit.Masjid yang pertama kali menggunakan sistem penyaman udara Gas memberi kesejukan yang nyaman.Ruang solat utama yang terbuka memberi udara luar memasuki ke dalam.Ruang solat yang boleh memuatkan jemaah 20,000 orang dalam satu-satu masa.Alhamdulillah terbinalah sebuah lagi rumah Allah yang terletak di Putrajaya..

Rabu, 2 September 2009

Majlis Cukur Jambul


Tok guru menyuap medina secebis kurma
& kismis



Tok guru menyuap medina air zam-zam




28 Ogos 2009 yang lalu satu Majlis penuh Sejarah yang berlangsung di Madrasah Nurul Anwar,Pulau Melaka Kelantan.Majlis Cukur Jambul yang disempurnakan Oleh Tok Guru Datuk Seri Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas.Istiadat penuh tertib & bermakna berlangsung selepas sembahyang subuh diikuti tazkirah subuh yang disampaikan sendiri oleh Tok Guru.