Halaman

Selasa, 13 Disember 2011

PURATA PENINGKATAN

  Salam Takzim wahai sahabat-sahabat,semoga mendapat taufik dan hidayah dari tuhan yang maha esa..2011 bakal melabuhkan tirai dan muncul pula 2012 dalam 2 minggu akan datang.Setahun berlalu 'Adakah Tuan/Puan mendapat apa yang diazamkan di awal tahun.Sudah pasti dari kita yang menggenggam azam untuk dilaksanakan di tahun ini.Diawal tahun Tuan V.Valluvan Vallu selaku Timbalan Setiausaha Bahagian,Seksyen Pengurusan PICC menggariskan beberapa pelan strategik untuk tahun 2011.Jika PM Datuk Seri Najib mungkin ini dinamakan 'Belanjawan'.Pemulaan TSUB meningkatkan Value Target untuk pencapaian di tahun 2011 adalah sebanyak 580 Majlis berbanding dengan tahun 2010 dengan hanya 480 majlis nilai kautannya RM 13 Juta setahun.Pelan strategik ini meliputi struktur dalaman yang diubah untuk menjamin keselesaan pelanggan.Pengubahan utama diruang hadapan dengan menggantikan lapisan luaran sofa dengan warna yang lebih sentimental,disaluti karpet baldu anjal keluaran turki.Pelanggan boleh menikmati ruang ini dengan bunyi-bunyi jatuhan air yang mengalir.Ruang bekenaan tidak lengkap jika tiada informasi berita atau maklumat.Dengan itu,Pihak pengurusan telah memasang 3 buah LCD bercirikan 3D jenama Samsung 52 Inci dan 60 Inci.Tidak ketinggalan,ruang kehijauan atrium telah dilengkapkan dengan patung-patung menyerupai binatang supaya boleh menggambarkan suasana seakan didalam hutan.

  Bagi anda,rebut peluang untuk anda mengunjungi PICC..Sekian

Tiada ulasan: