Halaman

Rabu, 17 Ogos 2011

Bonus ?

Untuk mendapatkan bonus dunia, kita sanggup menunggu berjam-jam lamanya, sanggup beratur panjang berjela-jela di mesin-mesin ATM semata-mata untuk mendapat imbuhan yang sedikit, yang mana kita tahu ianya hanya sementara dan tidak kekal lama.


Bonus tersebut akan habis dengan hanya sekelip mata apabila kita membelanjakannya. Apabila bonus lambat di beri kita pasti akan merungut dan semua yang dilakukan akan terasa serba tidak kena.

Kenapa tidak hal yang sama kita lakukan untuk mengejar bonus akhirat, sedangkan kita tahu imbuhannya berlipat kali ganda tambah-tambah lagi bonus yang Allah janjikan sepanjang bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini.

Apa salahnya jika kita luangkan masa kita di masjid, surau atau di mana sahaja majlis-majlis ilmu di adakan. Walaupun ganjaran atau imbuhan yang akan kita perolehi tidak nampak oleh pandangan mata kasar, tetapi sedarkah kita bahawa nikmat kesenangan yang kita perolehi semasa hayat di dunia ini pemberian siapa? Allah S.W.T juga bukan?

Ramadhan kini hanya bersisa beberapa hari sahaja lagi, tetapi masih sempat untuk kita merebut peluang-peluang yang Allah berikan. Yang penting keinginan itu perlu ada dan lakukanlah yang terbaik untuk penuhi keinginan itu.

Ramadhan,
Sepuluh malam permulaan 'RAHMAT',
Sepuluh malam pertengahan 'MAGFIRAH',
Sepuluh malam pengakhiran 'KEBEBASAN DARI API NERAKA',
Antara hari-harinya 'LAILATUL QADAR',
Bertuahlah bagi semua tetamu Allah di malam 'LAILATUL QADAR'.

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (Al-Qadr 97:1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (Al-Qadr 97:2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (Al-Qadr 97:3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (Al-Qadr 97:4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Al-Qadr 97:5)

Tiada ulasan: