Halaman

Khamis, 4 Ogos 2011

Berakhir sudah Program Penerapan Nilai-Nilai Islam Bulanan PICC

Genap 5 tahun aku mengetuai Ketua Biro Sukan & Kebajikan PICC,Pelbagai situasi terjadi yang tidak dapat diungkapkan.Demi untuk melebarkan landasan agama aku wujudkan PROGRAM PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM PICC secara bulanan.Secara amnya,sebelum kehadiran aku di PICC ini,belum ada orang yang buat program sperti itu.Payah sungguh untuk menyenangkan & memuaskan hati semua orang,lebih-lebih lagi hamba yang bergelar Manusia (Memang tidak pernah cukup).Program berlangsung setiap bulan tanpa ketinggalan.Penceramah tersohor pernah aku jemput adalah Al-Fadhil Ustaz Datuk Zawawi Yusuf (Penceramah Bebas),Al-Fadhil Ustaz Mohd Fauzi Bin Mustapha ( Moderator Al-Kuliyyah,Duta Tok Guru)),Al-Fadhil Ustaz Muhammad Nidzam Bin Abdul Kadir (Fellow UIAM),Al-Fadhil Ustaz Mohd Gunawan Bin Ab.Aziz (Pegawai Khas Datuk Seri Jamil Khir Bin Baharom) & yang terkini Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim (Pensyarah UKM,Mursyid Imam Muda ke-2)sehingga sekarang.Pelbagai karenah manusia yang aku jumpa,Ada yang tidak memberi kerjasama sepenuhnya & hanya pandai cakap tetapi kerjanya langsung tidak memberi apa-apa kesan.Pengalaman yang tidak dapat aku lupakan ketika berurusan dengan Datuk Ustaz Zawawi Yusuf yang last-last minit beliau terlupa tentang Program yang aku anjurkan.Perbualan telefon dengan beliau ketika itu hanya beberapa jam sahaja untuk berlangsungnya majlis.Katanya "Ya Allah Sheikh,Anna terlupa la,Ana sudah ada program bersama TV9".Jadi bagaimana langkah aku seterusnya,Aku mengambil tindakan profesional dengan bertenang seketika pada masa itu yang ada bersama aku hanyalah sahabat aku Jihadi yang sentiasa dibelakang aku.Apa yang aku katakan pada "Masyallah Sheikh,Majlis tersebut sudah siap tinggal lagi untuk mulakan sahaja,Makanan Nasi Ayam yang ditempah khas siap terhidang.Apa katanya "Rilek sheikh! tempat Ana,Ana akan gantikan dengan
Ustaz Fauzi Mustapha katanya dengan nada yang slamber,tambah lagi beliau Ustaz Fauzi Mustapha tinggi Ilmunya dan berketokohan.Balas aku " Alhamdulillah sheikh kalau begitu terima kasih bebanyak.Ringkaskan tulisan,jam 10.30 pagi Ustaz Fauzi pun telefon aku,katanya beliau dalam perjalanan dalam 15 minit sampai.Aku pun bergegas ke PC aku untuk mengubah nama penceramah di backdrob agar tidak nampak kecacatan-nya.Jam 11.00 pagi Ustaz Fauzi pun sampai dimuka pintu Lobby PICC.Sampainya beliau aku pun sambut dengan bangga & capai tangannya untuk berjabat salam.Dilemparkan aku dengan senyuman sambil menggosok-gosok peluk tubuh aku ditambah dengan bertanya khabar.Macam aku dengan dia sudah kenal lama,padahal aku dengan dia baru first time jumpa hari tu.Pada ketika itu,Ada pengalaman pahit sikit antara aku dan beliau.cukup sahaja aku cerita yang itu sahaja.Aku xnak ada kontroversi.
Cabaran-demi cabaran mengejar aku agar aku lebih kuat untuk meneruskan Program.Pengalaman tiada peruntukan kewangan untuk bayaran penceramah satu lagi mengajar situasi yang tidak dapat dilupakan.Ketika Al-Fadhil Ustaz Mohd Izhar Mursyid Imam Muda pasti seluruh malaysia mengenai beliau yang kini meningkat naik.Ada suatu ketika,Program Penerapan Nilai-Nilai Islam yang menjemput Ustaz Mohd Izhar,Ketika itu aku tidak ingat tentang kewangan langsung tibalah Ustaz Izhar duduk dimeja ceramah,jam hampir tamat baru aku sedar yang Cik Aishah yang selalu menyediakan aku duit peruntukan penceramah bercuti ketika itu."Hah sudah,Seram sejuk aku dibuatnya".Masa dalam setengah jam saja lagi dah nak habis.Macam mana aku nak dapatkan sumber kewangan,Dalam wallet aku ketika itu cuma ada 100 Saja,Yang aku perlukan adalah RM400 untuk membayar ustaz.Terdetik dalam akal aku tentang En.Rusdi yang mampu mambantu aku.Aku pun menghubungi En.Rusdi yang ketika itu berada dalam Mesyuarat Pengurusan Mingguan PICC."Alamak,macam mana nih,Boleh ke En.Rusdi tolong."Tanya hati aku.Hubungi En.Rusdi dia kata "Ada,Izzad boleh datang ambil di Head Of State"."Alhadulillah,hembus nafas aku dengan kuat skali ketika itu.Aku pun apa lagi,langkah panjang ke HOS.Berlari kesana,dengan meninggalkan dewan seketika.Setelah dapat duit dan diberi kepada Al-Fadhil Ustaz,Ustaz dengan nada rendah menggosok lengan aku sambil menggenggam tangan dan berkata terima kasih kerana sudi menjemput beliau.Aku dengan fizikal yang penat berlari antara dewan ke HOS.Hanya tersenyum saja.Alhamdulillah semua selesai.Begitulah cerita aku.Susah payah aku untuk memberi pengetahuan Agama kepada seluruh warga PICC.Selepas ini,aku yakin pasti ada yang akan menyusul menjejak langkah aku.Demi Agama Allah.

Tiada ulasan: